PETALING JAYA: Malaysia berhak menolak pencalonan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia berdasarkan Perkara 4 Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik yang memberi kuasa penuh kepada negara penerima untuk menolak mana-mana calon duta tanpa perlu memberikan sebarang alasan rasmi. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, kerajaan perlu menolak pencalonan Adams, susulan kenyataan-kenyataan lantangnya yang bersifat provokatif, memecah-belahkan dan tidak sejajar dengan nilai kemanusiaan…










