KUALA LUMPUR: Majlis Peguam memfailkan permohonan penzahiran minit-minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dari 2023 hingga sekarang. Peguam, Christopher Leong yang mewakili badan itu berkata, permohonan dibuat ekoran terdapat pertikaian fakta dalam prosiding yang sedang berlangsung. Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh telah menetapkan 11 September ini untuk mendengar permohonan penzahiran dokumen itu. Permohonan dibuat dalam saman pemula oleh seorang peguam, Datuk Syed Amir Syakib Arsalan Syed Ibrahim yang…