Lelaki maut motosikal terbabas - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal terbabas

KEADAAN lokasi kemalangan yang meragut nyawa seorang lelaki di Kampung Bukit Bakar, Sungai Mengkuang, Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan semalam.-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kampung Bukit Bakar, Sungai Mengkuang, Manek Urai di sini semalam.

Dalam kejadian itu mangsa yang berusia 33 tahun maut dilokasi selepas dipercayai mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.15 petang.

Menurutnya, sisatan awal mendapati semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaya Y15 ZR dari Kampung Slow Temiang menghala ke bandar Kuala Krai.

“Setiba dilokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan di kawasan berselekoh dan terhumban ke kawasan semak di tepi jalan.

“Mangsa telah ditemukan oleh seorang pejalan kaki yang kebetulan sedang berjoging di kawasan tersebut dan kemudian terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya kemudian di bawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN