JOHOR BAHRU: Lebih 30,000 pengguna di sekitar bandar raya ini akan berdepan gangguan bekalan air selama 26 jam mulai 9 pagi, Rabu ini hingga 11 pagi keesokan harinya. Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn. Bhd., Anuar Abdul Ghani berkata, gangguan bekalan air berjadual itu adalah susulan kerja-kerja penyelenggaraan menyeluruh di Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang. “Kerja-kerja penyelenggaraan yang dirancang itu melibatkan baik pulih dan pemeriksaan ke atas…










