Larangan untuk pastikan ketenteraman negara terpelihara

Larangan untuk pastikan ketenteraman negara terpelihara

MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Larangan penglibatan penjawat awam dalam kegiatan politik bukan  pencabulan hak asasi, sebaliknya ia wajar bagi memastikan ketenteraman dan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan terus terpelihara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, penjawat awam terikat dengan peraturan tertentu iaitu mesti bebas daripada mengkritik kerajaan secara terbuka.

“Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpesatuan yang merupakan salah satu hak asasi manusia yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tetapi tertakluk kepada fasal (4) yang menyentuh isu-isu sensitif seperti 3R (agama, raja dan kaum).

“Perkara ini ia akan membawa kepada kebencian, kekacauan, perpecahan dan keselamatan negara. Oleh itu, Parlimen boleh menyekat kebebasan tersebut atas kepentingan moral, keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, sebagai institusi yang melaksanakan polisi yang dibuat oleh kerajaan, penjawat awam perlu melaksanakan tugas dengan penuh amanah tanpa cenderung dan memihak kepada mana-mana parti politik.

“Mereka (penjawat awam) perlu membaca Perlembagaan Persekutuan secara holistik dan tersirat bukan sekadar tersurat sekiranya mahu keadaan aman dan tenteram dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Profesor Jabatan Sejarah dan Peradaban, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaid Ahmad berkata, ahli politik yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerajaan perlu menyuarakan perkara tersebut melalui saluran yang betul dan lebih efisien.

“Negara ini adalah negara demokrasi berparlimen, sekiranya mereka ingin Anwar turun jawatan, mereka perlu membuat usul di Parlimen, bukan secara perhimpunan, kecuali Anwar sendiri yang meletakkan jawatan.

“Bagi penjawat awam yang ingin turun perhimpunan tersebut, kelonggaran diberikan namun masih terikat dengan undang-undang tertentu serta risiko perlulah ditanggung sendiri sekiranya ditanya oleh pihak majikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN