MELAKA: Semua mesyuarat sekolah dilaksanakan secara menyeluruh dalam satu sesi sahaja melibatkan pentadbiran, kurikulum dan hal ehwal murid. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, ia antara usaha mengurangkan beban tugas guru melalui pendekatan strategik termasuk penyelarasan aktiviti dan penegasan peranan pentadbir sekolah. Beliau berkata, aktiviti yang tidak memberi impak langsung kepada pembelajaran diminta dihentikan serta-merta bagi memastikan fokus pengajaran tidak terganggu. “Hanya sambutan Hari Guru di peringkat sekolah…










