KUALA LUMPUR: Peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) diperkukuhkan dengan penyertaan dua agensi kerajaan iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam masa terdekat ini bagi memerangi jenayah penipuan dalam talian yang semakin kompleks. Langkah itu menjadikan jumlah agensi di bawah NSRC meningkat kepada enam, sekali gus memperluas kapasiti pusat dalam usaha membanteras penipuan kewangan dan siber. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin…










