ALOR SETAR: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu untuk kerja senggaraan sebuah kem tentera di Kubang Pasu, lapan tahun lalu. Fakhruziyahdy Shaari, 53, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini. Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan dokumen tuntutan yang diketahuinya palsu berkaitan kerja Senggaraan 16 CCTV di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem…










