MELAKA: Seorang kontraktor dipenjara sehari dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memukul isterinya hingga parah, tahun lalu. Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman membuat keputusan itu selepas tertuduh, See Yong Fei, 36, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes berkenaan. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap isterinya berusia 39 tahun dengan cara memukul dan menumbuk bahagian muka dan…