TAMPIN: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak terus berangan untuk kembali mentadbir negara, sambil menyindir pentadbiran terdahulunya yang digelar sebagai ‘kerajaan gagal’. Menurutnya, kenyataan Muhyiddin kononnya PN mempunyai rekod dan pengalaman mentadbir lebih baik hanyalah angan-angan politik. “Kita tidak boleh halang orang berangan. Angan-angan itu percuma, tak perlu dibayar. Tapi cukuplah, kerana semasa beliau mentadbir dahulu, kerajaan…