KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berperwatakan wanita didenda RM4,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menggalakkan perlakuan maksiat menerusi aplikasi media sosial tahun lalu. Mohamad Haikal Izzuwan Adun, 20, dari Ketereh, Kelantan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Kamalruazmi Ismail. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai jurusolek didakwa melakukan perbuatan mendorong dan menggalakkan maksiat melalui satu aplikasi dalam media…