PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung kes selebriti Shila Amzah yang didakwa diherdik oleh seorang penyanyi rock popular akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, hari ini. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya telah mengambil empat keterangan individu termasuk pengadu. “Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Kuala Lumpur hari ini untuk kajian dan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Kes itu tular…