Kerani direman kemuka tuntutan palsu lebih RM50,000

Kerani direman kemuka tuntutan palsu lebih RM50,000

SEORANG wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini untuk tujuan permohonan reman terhadapnya bagi membantu siasatan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang kerani sebuah syarikat pelancongan di ibu negara direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan bayaran kad kredit syarikat.

Bayaran itu adalah bagi tempahan hotel berjumlah kira-kira RM55,000 untuk kepentingan peribadi.

Perintah reman terhadap suspek wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran bermula hari ini sehingga 22 Julai ini selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira pukul 9.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut dari Mac 2023 hingga Februari 2024.

“Suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen tuntutan bayaran kad kredit syarikat yang mengandungi butiran palsu bagi tempahan hotel atas urusan rasmi syarikat untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN