PETALING JAYA: Tuduhan mempengaruhi keputusan mahkamah dan kelewatan pelantikan hakim mencetuskan persoalan bahawa wujudnya campur tangan dalam sistem kehakiman negara. Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli berkata, dari sudut pandangan umum, ia menguatkan spekulasi cabang Eksekutif mahu mempengaruhi pelantikan hakim-hakim yang difikirkan lebih serasi dengan pandangan kerajaan. Katanya, perkara-perkara yang boleh mengundang spekulasi seperti cubaan mempengaruhi pelantikan hakim perlulah dielakkan, sekalipun ia tidak melanggar tatacara prosedur. “Apatah lagi dalam keadaan sekarang, kenyataan AGC mengesahkan mesyuarat JAC memang membincangkan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan kes oleh seorang hakim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya