Kelajuan dua kali ganda punca tragedi bas Gerik

Kelajuan dua kali ganda punca tragedi bas Gerik

KEADAAN bas yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli dekat Tasik Banding, Gerik, Perak, yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi semalam menyebabkan 15 pelajar Universiti Pen­didikan Sultan Idris maut. – UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tragedi meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Jun lalu berpunca daripada kelajuan bas yang dipandu melebihi dua kali ganda had laju ditetapkan.

Perkara itu didedahkan dalam laporan awal Pasukan Petugas Khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini.

Berdasarkan analisis yang dijalankan, bas berkenaan dipandu pada kelajuan 117 kilometer sejam (km/j) melebihi kelajuan kritikal untuk terbalik iaitu antara 111.3 hingga 114.5 km/j.

Kegagalan mematuhi had laju itu telah menyebabkan bas berkenaan hilang kawalan sehingga mengakibatkan kenderaan tergelincir dan terbalik ke kiri jalan.

Justeru, laporan itu mendapati kemalangan itu bukan sahaja berpunca daripada kegagalan teknikal atau kesilapan pemanduan, tetapi turut didorong oleh kelemahan dalam struktur operasi, pemilihan pemandu yang tidak sesuai, kekurangan perlindungan keselamatan serta kelemahan pelaksanaan sistem pemantauan dan penguatkuasaan.

“Penemuan mengenai rekod kesalahan trafik yang tinggi dalam kalangan pemandu, serta kegagalan pengendali melaksanakan semakan berkala seperti dikehendaki di bawah ICOP-Keselamatan, turut menguatkan bukti kegagalan tadbir urus di peringkat organisasi.

“Semua faktor ini mencerminkan satu kegagalan sistemik yang memerlukan pembaharuan menyeluruh oleh semua pihak yang terbabit dalam ekosistem pengangkutan awam,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN