Kejadian kedua pada tahun ini

Kejadian kedua pada tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Penduduk berhampiran lokasi enam beranak ditemukan lemas di Sungai Korok, Jalan Sungai Kubang Sepat – Simpang Tiga Kemboja, di sini mendakwa laluan itu kerap berlaku kemalangan.

Mohd. Anas Fadli, 30, yang tinggal di Kampung Kemboja berkata, pengguna yang melalui jalan itu perlu berhati-hati terutama pada waktu malam.

“Kawasan Sungai Korok ini memang selalu berlaku kemalangan, memang kena hati-hati kalau ikut jalan ini kerana terletak bersebelahan sungai yang dalam dan lebar.

“Jalan di sini pun tidaklah sempurna, tidak sekata selain kenderaan berat juga kerap lalu lalang, jadi memang kena berhati-hati,” ujarnya.

Menurutnya, nahas menimpa enam beranak itu merupakan kemalangan kedua berlaku di sungai dalam kawasan kampungnya pada tahun ini.

“Kali ini paling tragis apabila melibatkan enam nyawa, memang sayu bila tahu satu keluarga ditemukan lemas dalam kereta.

“Saya tak dengar sebarang bunyi mencurigakan termasuk bunyi brek kenderaan pada awal pagi Sabtu lalu tapi pagi tadi ada seorang penunggang motosikal yang nampak kereta tersebut, bila dah sah ia kereta, dia terus menghubungi talian kecemasan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN