KUBANG PASU: Penduduk berhampiran lokasi enam beranak ditemukan lemas di Sungai Korok, Jalan Sungai Kubang Sepat – Simpang Tiga Kemboja, di sini mendakwa laluan itu kerap berlaku kemalangan. Mohd. Anas Fadli, 30, yang tinggal di Kampung Kemboja berkata, pengguna yang melalui jalan itu perlu berhati-hati terutama pada waktu malam. “Kawasan Sungai Korok ini memang selalu berlaku kemalangan, memang kena hati-hati kalau ikut jalan ini kerana terletak bersebelahan sungai yang dalam dan lebar. “Jalan di sini pun tidaklah sempurna, tidak sekata selain kenderaan berat juga kerap lalu lalang, jadi memang kena…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya