PETALING JAYA: Beberapa kebakaran hutan dan belukar yang berlaku di sekitar Lembah Klang sejak beberapa hari lalu berkemungkinan berpunca daripada perbuatan manusia. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, keadaan cuaca panas ketika ini tidak cukup untuk menyebabkan penyalaan sendiri (auto ignition) sekali gus menolak kemungkinan kejadian itu berlaku secara semula jadi. “Auto ignition tak mungkin berlaku dengan cuaca sekarang. Jadi, besar kemungkinan kebakaran…










