Ke mana RM45 juta daripada penjimatan subsidi telur dibelanjakan?

Ke mana RM45 juta daripada penjimatan subsidi telur dibelanjakan?

subsidi
Mas Ermieyati Samsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Kerajaan diminta memberi penjelasan berhubung langkah-langkah akan diambil susulan pemotongan subsidi telur yang menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM45 juta sebulan.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berkata, rakyat perlu tahu apakah yang dilakukan oleh kerajaan daripada penjimatan tersebut termasuk  ke mana ia disalurkan.

“Saya ingin tahu apakah dasar ataupun pengumuman ataupun produk baru daripada pihak kementerian hasil daripada penjimatan tersebut untuk membantu rakyat RM45 juta itu,” soalnya ketika mencelah di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, telur adalah antara bahan makanan utama rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan penduduk luar bandar, yang menjadikannya sumber protein harian paling mampu milik.

“Telur ini lauk paling murah. Kebanyakan orang kampung memang bergantung kepada telur sebagai sumber protein mereka dan dengan tekanan kos sara hidup hari ini kita melihat bahawa apabila pengurangan subsidi dikenakan terhadap telur ini.

“Jadi selain daripada pemantauan, apakah peranan kementerian untuk memastikan harga telur tidak meningkat akibat daripada penaikan subsidi harga telur,” katanya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menjawab pertanyaan itu menjelaskan bahawa wang penjimatan berkenaan diserah semula kepada pihak Perbendaharaan untuk perancangan seterusnya.

“Sebarang penjimatan wang itu dipulang kepada pihak Perbendaharaan. Mereka yang akan merancang untuk membawa ke mana wang itu. Kalau diberi kepada saya sudah tentu kita boleh bantu lebih banyak lagi golongan B40,” katanya.

Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) turut memberi jaminan bahawa bekalan dan harga telur kini berada dalam keadaan stabil di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN