KDN beri Mohd. Suhaily tugas khusus, perkukuh kawalan sempadan

KDN beri Mohd. Suhaily tugas khusus, perkukuh kawalan sempadan

SHAMSUL ANUAR Nasarah (tengah) bergambar bersama-sama pegawai dan anggota AADK di Johor Bahru, Johor, semalam.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin pelantikan Datuk Mohd. Suhaily Mohd. Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mampu menangani isu-isu keselamatan di sempadan secara lebih efisien.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, AKPS di bawah kepimpinan yang baharu itu dapat diperkasakan bagi memastikan kawalan sempadan negara pada tahap terbaik dan pihaknya juga telah menggariskan beberapa tugasan khusus supaya kawalan dipertingkat.

“Kementerian telah memberikan beberapa tugasan dan tanggungjawab khusus kepadanya dan saya yakin beliau berupaya memastikan kawalan pintu masuk dan sempadan negara benar-benar kukuh.

“Kami mengambil kira juga isu yang sedang berlaku untuk memastikan kawalan sempadan di seluruh negara benar-benar pada tahap yang baik,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di sini malam tadi.

Mohd. Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang bersara wajib pada 10 Februari lalu dan akan mengetuai agensi itu bagi tempoh dua tahun.

Shamsul Anuar berkata, penyusunan semula peranan AKPS sebagai agensi utama kawalan sempadan diharap dapat mendepani pelbagai cabaran semasa melibatkan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan. 

“Kita mahu AKPS menyamai keupayaan agensi kawalan sempadan di negara-negara lain yang telah lama mewujudkan agensi seperti ini bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Katanya, kawalan efisien di pintu masuk negara juga menjadi antara keutamaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN