Kastam tumpaskan sindiket seludup rokok, minuman keras

Kastam tumpaskan sindiket seludup rokok, minuman keras

MUHAMMAD Ilyas Queek Abdullah (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan penyeludupan rokok dan minuman keras hasil serbuan dijalankan di beberapa premis sekitar Klang dan Rawang, Selangor sepanjang bulan Mei lalu.-GAMBAR/ IHSAN JKDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kegiatan penyeludupan rokok dan minman keras berjaya ditumpaskan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan menerusi empat serbuan sepanjang bulan Mei lalu melibatkan nilai sitaan keseluruhan sebanyak RM5.48 juta.

Pengarah JKDM Negeri Sembilan, Muhammad Ilyas Queek Abdullah berkata, kesemua operasi dijalankan hasil risikan dan maklumat yang membawa kepada serbuan di beberapa premis sekitar Klang dan Rawang, Selangor.

Katanya, sindiket penyeludupan dipercayai menggunakan premis di kawasan perindustrian sebagai tempat membotol, menyimpan dan mengedar barang larangan. 

“Pelaku menyalahgunakan lokasi-lokasi ini bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan mengelakkan bayaran duti eksais serta permit import.

“Kesemua kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Akta Eksais 1976 dan Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM100,000 atau sepuluh kali nilai barang, sehingga tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500, 000 yang mana lebih tinggi, atau penjara minimum enam bulan dan tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN