TANJUNG MALIM: Seramai 269 penduduk Kampung Orang Asli Pos Tibang, Slim River dekat sini teruja apabila perkampungan itu merupakan yang pertama di negara ini menggunakan teknologi hijau mesra alam, bunyi dan bau untuk menjana elektrik iaitu Reaktor Hidrogen Pepejal atau HyPEReactor. Projek perintis hasil cetusan inovatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang menelan kos sebanyak RM2 juta itu membolehkan penduduk tidak lagi bergantung pada genset yang menggunakan minyak diesel…