PETALING JAYA: Semua kakitangan kerajaan diingatkan supaya kekal neutral dan tidak masuk campur dalam sebarang kegiatan politik, termasuk memakai lambang parti, memegang jawatan atau terlibat dalam kempen kecuali dengan kebenaran khas. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, sektor awam sepatutnya bersifat profesional, adil dan tidak berpihak selaras dengan prinsip neutral dan berkecuali untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan perkhidmatan awam menjadi tulang belakang dalam…










