Baru-baru ini, Cik Bunga ada dengar mengenai hasrat penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom, yang kononnya sudah pasang hajat mahu mengadakan sebuah showcase.
Tak pasti showcase atau konsert, tapi pendek kata, ini adalah impian Kak Lina yang sudah lama dipendam. Katanya, sudah tentulah setiap artis bergelar penyanyi akan menyimpan impian seperti ini. Lama meniti perjalanan sebagai anak seni, tak akanlah Kak Lina tidak teringin hendak buat persembahan mega bukan?
Siapa yang tidak mahu buat konsert ye tak? Bagi Cik Bunga, tidak salah pun jika benar Kak Lina hendak realisasikan perkara ini.
Kalau tengok perjalanan seni Kak Lina, sudah cukup lama. Sesuai sangat buat konsert atau showcase sendiri sebab jangan tidak tahu, hampir ada yang lupa bahawa Kak Lina ini seorang penyanyi sebelum dikenali sebagai pengacara dan pelakon.
Cik Bunga setuju jika benar Kak Lina hendak buat konsert. Pasti meletup! Lagu-lagu Kak Lina sebelum ini pun memang jenis sing along. Lagu-lagu karaoke lah orang kata.
Kalau tidak silap, Kak Lina memang sudah bagi hint mengenai perkara ini cuma katanya belum ada tarikh tepat. Hendak berahsia lagi katanya.
Tetapi Cik Bunga faham sahaja, mestilah hal baik seperti itu belum boleh dicanang kepada umum selagi belum ada kata putus sebenar.
Banyak perancangan perlu dilakukan dan Kak Lina pula, untuk sesiapa yang mengenali, dia bukan jenis artis yang buat kerja cacamarba atau main lenjan sahaja.
Kak Lina jenis teratur dan dia, kalau mahu buat sesuatu, dia tidak akan bermain-main. Dia akan buat sungguh-sungguh.
Betullah, kalau buat persembahan konsert atau showcase berbayar, orang yang datang keluarkan duit, mestilah mereka hendak tengok sebuah persembahan yang ada kualiti.
Kak Lina pula jenis individu yang akan pastikan semua hasil kerjanya ‘tip top’! Cik Bunga yang mendengar khabar ini pun terus jadi tidak sabar juga hendak tengok persembahan Kak Lina kalau betul benda ini jadi. Mari kita doakan supaya hasrat Kak Lina ini tercapai.