PETALING JAYA: Isu kependudukan negara kini berada pada tahap membimbangkan apabila Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) Malaysia mencatatkan hanya 1.7 anak bagi setiap wanita, jauh di bawah paras penggantian populasi iaitu 2.1 anak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kadar kelahiran pada suku pertama tahun 2025 turut mencatatkan penurunan lebih 11 peratus berbanding tahun sebelumnya. Katanya, cabaran populasi hari ini tidak boleh diselesaikan dengan seruan untuk berkahwin dan berkeluarga semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan dasar dan ekosistem yang menyeluruh. “Ramai anak muda masih mempunyai keinginan untuk berkahwin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya