JOHOR BAHRU: Seorang jurutera wanita kerugian RM178,200 selepas terpedaya pelaburan saham dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berusia 33 tahun, kelmarin. Beliau berkata, wanita yang bekerja dengan syarikat swasta mendakwa, melihat iklan pelaburan menerusi aplikasi Telegram pada Mac lalu sebelum menghubungi pihak yang menawarkan skim pelaburan tersebut. “Mangsa kemudiannya diarah melakukan…










