KUALA TERENGGANU: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 619.71 gram, enam tahun lalu. Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd. Faiz Yusof, 41, selepas pihak pembelaan gagal mengetepikan anggapan mengedar dadah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar bahan itu di sebuah rumah di Kampung Padang Machang, Manir…