JPN, PPD, pentadbir sekolah diarah laksana inisiatif kurangkan beban guru

JPN, PPD, pentadbir sekolah diarah laksana inisiatif kurangkan beban guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir sekolah diarahkan untuk memastikan pelaksanaan berkesan terhadap tujuh  langkah mengurangkan beban guru.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Ketua Pengarah Pendidikan pula dipertanggungjawab untuk memastikan inisiatif mengurangkan beban tugas guru berjalan seperti yang dirancang.

“Laporan berkala setiap tiga bulan sekali perlu dibentangkan kepada saya dan Pengurusan Tertinggi Kementerian.

“Saya tuntut komitmen seluruh kepimpinan pendidikan di setiap peringkat untuk memastikan isu beban tugas guru ditangani bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadhlina berkata, beliau mengambil perhatian penuh terhadap isu beban tugas guru sejak awal khidmatnya di KPM.

Tegasnya, isu berpanjangan seperti yang disuarakan oleh banyak ini perlu penyelesaian yang tuntas dan menyeluruh.

KPM menerusi cadangan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) telah menggariskan Tujuh Langkah Mengurangkan Beban Guru.

Antara yang diberi perhatian adalah untuk memansuhkan penganjuran acara yang tidak berimpak tinggi, mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan waktu kunci masuk rekod kehadiran murid yang fleksibel.

Ini termasuk melantik pengawas peperiksaan awam dalam kalangan individu selain guru, dan menghadkan penganjuran sambutan Hari Guru kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja.

Selain itu, menetapkan ringkasan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi serta memperkukuh autonomi guru dalam perancangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah (PBD).

“Inisiatif ini telah menunjukkan beberapa kejayaan signifikan termasuk lantikan seramai lebih 11,000 pengawas peperiksaan awam dalam kalangan orang awam sekali gus mengurangkan beban tugas guru.

“Namun, ia perlu terus diperkasakan bagi memastikan impaknya menyeluruh dan dirasai semua guru,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN