BANGI : Kursus pemulihan kepada pemegang Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung akibat kesalahan jalan raya akan dilaksanakan bermula November depan. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kursus itu dilaksanakan bertujuan memberi peluang kepada pemandu terlibat mengikuti kursus pemulihan sebelum kelayakan lesen mereka dipertimbangkan semula. “Mereka wajib untuk menghadiri kursus pemulihan sebelum lesen tersebut diberikan semula, perkara ini akan…