PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia mengambil alih penjagaan sementara mangsa rogol bawah umur sekiranya tiada ahli keluarga yang sesuai atau berkelayakan menjaga kanak-kanak tersebut. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perlindungan terhadap kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dan perlu diberikan perhatian serius oleh seluruh masyarakat. Kata beliau, pihaknya merujuk kepada laporan media mengenai seorang peniaga nasi lemak yang telah dituduh merogol anak perempuan kepada…