SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melihat kemungkinan pelaksanaan pembenihan awan sebagai salah satu langkah segera bagi menangani peningkatan pencemaran udara di negeri itu akibat jerebu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, langkah tersebut diambil kira susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi ambang 150 secara berterusan. “Ia sekali gus mencetuskan pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),…