Jerantut Square pacu masa depan Jerantut

Jerantut Square pacu masa depan Jerantut

WAN Rosdy Wan Ismail (tengah) menandatangani plak pelancaran Pusat Perniagaan dan Perkhidmatan Jerantut Square di Rest House Jerantut di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Pusat perniagaan Jerantut Square di Temin di sini, memberi nafas baharu permodenan bandar ini berasaskan perniagaan dan melonjak pertumbuhan pesat sektor pelancongan setempat setanding bandar besar lain di negara ini.

Pengarah dan Pengasas Jaya Depan Sdn. Bhd., Jason Tee berkata, pusat perniagaan yang dibina berdekatan lokasi strategik dan kawasan Perindustrian Jerantut adalah pusat pertumbuhan ekonomi setempat yang memberikan banyak peluang perniagaan.

“Jerantut Square adalah sinergi bagi kemudahan ekosistem perniagaan kepada usahawan atau peniaga serta agensi kerajaan yang mampu mewujudkan kesejahteraan masyarakat bandar ini, selain kita menjual rumah untuk penjawat awam dengan harga yang tidak membebankan.

“Pusat komersial di tanah seluas kira-kira 8.9 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM130 juta ini dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk pasar raya besar, pusat transformasi bandar (UTC), farmasi, stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dan sebagainya di samping menyediakan kemudahan lebih 1,000 ruang parkir kenderaan,” katanya selepas pelancaran Projek Jerantut Square di sini, semalam.

Majlis pelancaran serentak bersama Penubuhan 60 Tahun Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Rest House Baharu itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut Jason, Jerantut Square sudah bermula pembinaan pertengahan tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan 2026 antara pusat komersial tumpuan bagi pelancong luar singgah ketika berkunjung ke Taman Negara Kuala Tahan.

Wan Rosdy berkata, projek Jerantut Square, usahasama anak syarikat kerajaan negeri, PKNP dan Kumpulan Jaya Depan Sdn. Bhd. merupakan pusat komersial yang mewujudkan lebih 6,000 pekerjaan.

Katanya, penduduk Jerantut tidak perlu lagi ke bandar besar di negeri ini dan Lembah Klang kerana ia menyediakan pelbagai mudahan dengan jaminan yang lebih selesa dan selamat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN