JBPM siasat anggota bantuan terpalit video lucah

JBPM siasat anggota bantuan terpalit video lucah

NOR Hisham Mohammad (tiga dari kiri) menyampaikan Anugerah Bakti Komuniti kepada penerima pada Program Madani Rakyat Kebombaan Komuniti (PMRKK) di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota bomba bantuan yang dikaitkan dengan video lucah yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sri Nor Hisham Mohammad berkata, walaupun individu dalam video berkenaan tidak memakai pakaian seragam, siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan beberapa hantaran lain di akaun media sosial milik lelaki itu yang menunjukkan beliau berpakaian uniform bomba.

Kata beliau, Unit Integriti JBPM diarah menubuhkan pasukan siasatan bagi mengenal pasti punca penyebaran video tersebut serta mengesahkan identiti sebenar anggota terlibat.

“Kita akan siasat dahulu sama ada video itu dimuat naik oleh individu terbabit secara sukarela atau disebarkan oleh pihak lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutup Program Madani Rakyat Kebombaan Komuniti (PMRKK) di Dewan Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, di sini.

Menurut Nor Hisham, jika siasatan mengesahkan penglibatan individu tersebut, tindakan penggantungan kerja boleh dilaksanakan serta-merta berdasarkan skim perkhidmatannya.

“Kes terbaharu ini membabitkan anggota dalam skim bomba bantuan iaitu bukan perkhidmatan sepenuh masa. Maka, tindakan gantung kerja boleh diambil serta-merta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN