JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Bertindak Tanah Rizab Melayu (TRM) mendesak kerajaan negeri mempertimbangkan permohonan penukaran status TRM di Johor daripada pajakan kepada hak milik kekal. Pengerusinya, Dzulkefly Ahmad berkata, usaha tersebut selari dengan Wasiat Raja-Raja Melayu 1957 yang menjamin pemilikan tanah rizab adalah selama-lamanya milik orang Melayu. Katanya, penukaran status itu memberi kebaikan kepada tuan tanah iaitu jaminan pemilikan sepanjang hayat tanpa perlu memohon sambungan tempoh pajakan. “Pemilik akan lebih terdorong untuk menjaga dan membangunkan tanah mereka kerana status pemilikan selama-lamanya. Jika pengambilan tanah dibuat sekalipun mereka akan peroleh pampasan sewajarnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya