KUALA KANGSAR: Jambatan Victoria atau turut dikenali sebagai Jambatan Enggor di sini menjadi taruhan utama Kuala Kangsar menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). Komitmen itu dibuat termasuk melalui peruntukan disediakan bagi membaik pulih jambatan berusia 125 tahun itu. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Dr. Sakduddin Zamli berkata, pihaknya akan melaksanakan kerja menaik taraf dataran parkir kepada pengunjung dan kemudahan tambahan kepada orang kelainan upaya supaya…










