PETALING JAYA: Ibu kanak-kanak autisme, Ismanira Abdul Manaf mendakwa dia dipaksa untuk mengaku membunuh anaknya sendiri, Zayn Rayyan Abdul Matin ketika berada dalam tahanan reman selama 13 hari sewaktu siasatan. Tambahnya, dia ditahan reman oleh pihak polis enam bulan selepas kematian anaknya. Ismanira berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam belanya, Haresh Mahadevan pada hari kedua dia memberikan keterangan bela diri. Katanya, dia dipaksa untuk membuat pengakuan itu selepas pihak…









