Insiden Putra Heights: Kerajaan Selangor tidak campur tangan

Insiden Putra Heights: Kerajaan Selangor tidak campur tangan

Amirudin Shari menyempurnakan Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) di Semarak Hall Cyberjaya, semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah masuk campur dalam siasatan insiden letupan paip gas di Putra Heights, sebaliknya siasatan dibuat secara bebas dan telus.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam kes berkenaan, kerajaan negeri hanya bertindak sebagai saksi.

Menurutnya, beliau akui ada pihak yang mempertikai laporan penuh siasatan itu, malah turut mendakwa fakta siasatan diputar belit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri tidak terlibat langsung, malah mereka (pasukan penyiasat) memanggil kami sebagai saksi dan semua saksi­nya ada 212 orang.

“Antara saksi dipanggil ter­ma­suk pihak berkuasa tempatan, pemaju projek berdekatan, pengawal keselamatan, pengendali jengkaut dan pegawai Petronas.

“Kalau nak tengok secara teliti (laporan siasatan) boleh semak. Tak perlu lah nak buat (siasatan) lagi A to Z dan kita tak perlukan lapan bulan lagi kan?” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) di sini, se­malam.

Amirudin berkata demikian bagi mengulas kenyataan dibuat Pertubuhan Kebajikan Pendu­duk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) yang tidak berpuas hati dengan insiden letupan itu yang diklasifikasi sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA), malah mendesak siasatan disemak semula.

Pada masa sama, Amirudin berkata, laporan penuh hasil siasatan insiden itu akan dibuka kepada umum untuk semakan selepas mendapat kebenaran pihak bertanggungjawab.

“Mereka (pihak yang tidak berpuas hati) boleh semak dan kenal pasti siapakah pihak yang bertanggungjawab. Di situ ada gambaran siapa pihak yang bertanggungjawab.

“Kita tak boleh lah nak anggap semua benda ini semua ada orang yang mengganggunya (ganggu dan masuk campur siasatan). Persepsi tidak boleh dibuktikan secara tepat dan secara saintifik,” katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, kes insiden letupan paip gas di Putra Heights diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) selepas tiada menemui sebarang unsur jenayah atau sa­botaj dalam kes itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN