Inisiatif peribadi Anwar jadi orang tengah gencatan senjata Kemboja-Thailand

‘Inisiatif peribadi Anwar jadi orang tengah gencatan senjata Kemboja-Thailand’

Anwar Ibrahim menerusi sidang akhbar bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet (kiri) dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai selepas sesi mesyuarat khas yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemboja dan Thailand berharap penyelesaian gencatan senjata yang berjaya dicapai pada hari ini akan menjadi asas ke arah memulihkan hubungan di antara kedua-dua negara kepada keadaan seperti sedia kala.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berkata, mesyuarat khas yang berlangsung itu berakhir dengan hasil yang sangat positif yang diharap yang diharapkan dapat menghentikan serta-merta pertempuran yang telah meragut banyak nyawa, menyebabkan kecederaan dan turut mengakibatkan pelarian dalam jumlah besar.

“Kami berharap penyelesaian yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi asas untuk meneruskan perbincangan dua hala ke arah memulihkan hubungan ke tahap normal, dan menjadi landasan kepada usaha pengurangan ketegangan ketenteraan pada masa hadapan.

“Sehubungan itu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia kerana menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tergempar dan tepat pada masanya ini serta usaha beliau dan inisiatif peribadi beliau dalam menjadi orang tengah kepada gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dan Thailand,” katanya menerusi sidang akhbar bersama selepas mesyuarat khas Kemboja dan Thailand dengan Malaysia sebagai pengantara di Kompleks Seri Perdana di sini semalam.

Sementara itu, Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Thailand dan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump.

“Hasil hari ini mencerminkan hasrat Thailand untuk mencapai penyelesaian secara aman. Sambil terus mempertahankan kedaulatan dan nyawa rakyat kami, kami bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dengan penuh komitmen dan keyakinan bahawa ia akan dilaksanakan dengan niat yang baik oleh kedua-dua pihak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN