ILO tegur Malaysia gagal lindungi hak pekerja

ILO tegur Malaysia gagal lindungi hak pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menerima teguran keras daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) selepas gagal melindungi hak kesatuan sekerja termasuk diskriminasi terhadap aktiviti kesatuan.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Khas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon berkata, kegagalan kesatuannya dalam menyertai Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) ke-113 menyebabkan perbicaraan kes Konvensyen 98 ditangguhkan sehingga tahun 2028.

Katanya, bagaimanapun, penyertaan berjaya dihantar dengan sokongan Kongres Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC), selepas Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) tidak menyerahkan nama-nama tersebut walaupun selepas peringatan.

“Kerajaan Malaysia berdepan kritikan di ILC Ke-113 kerana gagal membawa delegasi tiga pihak yang lengkap, terutama apabila mengecualikan kehadiran wakil pekerja daripada MTUC.

“Walaupun begitu, kehadiran MTUC telah memberi impak yang ketara di mana suara dan perjuangan pekerja Malaysia telah didengar dengan jelas di ILO,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 2 hingga 13 Jun lalu, Malaysia disenarai pendek sebagai antara 25 negara yang dipilihuntuk didengar oleh Jawatankuasa Penguatkuasaan Standard (CAS) berkenaan pelanggaran-pelanggaran terhadap Konvensyen ILO.

ILC merupakan platform di mana kerajaan, majikan dan pekerja akan membincangkan pelanggaran Konvensyen serta meminta kerajaan mengambil langkah pemulihan.

Dalam pada itu, beberapa panel perbincangan CAS juga telah menggesa Kesuma mematuhi Konvensyen No. 98 itu dan menjadikannya sebagai satu iktibar agar penambahbaikan hak pekerja dapat dilakukan.

“Hasil perbincangan mengenai aduan yang dibawa oleh enam kesatuan gabungan sektor MTUC termasuk pekerja migran, ILO telah menyuarakan kebimbangan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN