KLANG: Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta ibunya untuk pergi ke kedai mengundang padah apabila terbabas ke dalam longkang dekat Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini, kelmarin. Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang turut dinaiki dua kanak-kanak lain termasuk adiknya berusia tujuh tahun. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, kejadian itu tular dalam media sosial dan…