JELI: Pengunjung dan penduduk yang berkelah di air terjun Lata Renyuk di sini, mendakwa mereka ‘terputus’ hubungan setiap kali berkunjung ke kawasan itu susulan ketiadaan liputan rangkaian telefon. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, liputan rangkaian telefon di kawasan tersebut perlahan sekali gus mencetus kebimbangan kepada pengunjung untuk berhubung sekiranya berlaku kecemasan. Penghulu Mukim Reka, Abu Bakar Yazid berkata, permohonan membina pencawang di kawasan itu telah dikemukakan kepada pihak berwajib namun sehingga kini tiada sebarang jawapan. “Tapak untuk membina pencawang sudah ada dan lokasi tersebut strategik. Pembinaan ini sudah menjadi keperluan mendesak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya