HPPNK 2025@Tawau dekatkan kerajaan, komuniti agro di Sabah

HPPNK 2025@Tawau dekatkan kerajaan, komuniti agro di Sabah

ARTHUR Joseph Kurup melepaskan konvoi bermotosikal sempena Majlis Pelancaran Road To HPPNK 2025@Tawau yang berlangsung di pekarangan Majlis Perbandaran Tawau, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025@Tawau menjadi platform mendekatkan kerajaan dengan komuniti agro di Sabah, khususnya golongan peladang, penternak dan nelayan yang merupakan tunjang keterjaminan makanan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, HPPNK 2025 kali ini cukup istimewa kerana buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun, Sabah dipilih sebagai tuan rumah sambutan utama yang akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 1 hingga 3 Ogos ini.

Katanya, bersempena ulang tahun ke-50 penganjuran HPPNK, ia membawa tema ‘Kudrat Kami Menjamin Pertiwi’.

“Tema ini menzahirkan penghargaan kepada tenaga, kecekalan dan semangat juang luar biasa para petani, penternak dan nelayan dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa terjamin.

“Sabah antara penyumbang utama sektor agro makanan negara, dengan sumbangan sekitar 7 hingga 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri setiap tahun. Daerah Tawau sahaja menyum­bang lebih 27, 000 tan metrik perikanan tangkapan (13.5 peratus) dan 67, 000 tan metrik sektor akuakultur (27.3 peratus) di Sabah,” katanya dalam kenya­taan.

Arthur merasmikan Majlis Pelancaran Road To HPPNK 2025@Tawau yang berlangsung di pekarangan Majlis Perbandaran Tawau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN