KUALA LUMPUR: Ratusan peserta mula memenuhi pekarangan Masjid Negara bagi menyertai Himpunan Turun Anwar yang dianjurkan di ibu negara, hari ini. Peserta himpunan dilihat berpakaian serba hitam sambil melaungkan slogan “Turun Anwar” sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan. Lebih mencuri perhatian, beberapa sepanduk tertera tulisan ‘Turun Anwar’ dalam bahasa Cina turut diangkat oleh peserta sebagai simbol solidariti pelbagai kaum. Difahamkan, peserta yang menyertai himpunan ini datang dari pelbagai negeri termasuk Selangor, Perak, Pulau Pinang serta sekitar ibu kota. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa laluan utama menuju ke Dataran Merdeka telah mula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya