Harumkan nama negara, Bront Palarae ulangi pencapaian

Harumkan nama negara, Bront Palarae ulangi pencapaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktor, Bront Palarae, mengharumkan nama negara setelah dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Trust Gu Thai Film baru-baru ini.

Trofi tersebut dimenangi aktor berusia 46 tahun itu hasil keberhasilan lakonannya menerusi filem seram The Cursed Land.

“Alhamdulillah, ini adalah anugerah kedua saya di Thailand. Saya menerima penghargaan ini atas nama semua pihak yang terlibat dalam filem The Cursed Land ini.

“Bangga kerana nama anak Malaysia terpahat dalam sejarah perfileman Thailand,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pencapaian tersebut adalah selepas pelakon ini mengungguli kategori sama di Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21 sekitar Mei lepas.

Bront dalam masa yang sama berharap kemenangannya itu akan menjadi pembakar semangat kepada pelakon tempatan yang lain.

“Semoga lebih banyak peluang terbuka untuk bakat-bakat dari Malaysia, insyaAllah.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN