KUANTAN: Pemantauan Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) selama lebih dua minggu bermula Jun lalu mendapati, harga makanan dan minuman di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 20 hingga 40 peratus. Tinjauan oleh 300 anggota yayasan itu mengesan, pengguna bukan sahaja berdepan situasi harga makanan meningkat secara drastik, malah saiz hidangan turut menyusut sehingga 50 peratus. Presiden YPNM, Datuk Dr. Mohd. Firdaus Abdullah berkata, antara makanan yang berlaku kenaikan harga ialah…










