Halang rakyat turun berhimpun akan makan diri - PSM

Halang rakyat turun berhimpun akan makan diri – PSM

S. ARUTCHELVAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Percubaan kerajaan untuk menghalang rakyat daripada menyertai Himpunan Turun Anwar pada Sabtu ini didakwa akan memakan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan berkata, sejarah membuktikan bahawa kerajaan menghalang rakyat dari turun ke perhimpunan protes akan jatuh.

Beliau berkata, sebarang usaha untuk menekan penunjuk perasaan hanya akan meningkatkan lagi sokongan terhadap perjuangan untuk menentang seperti yang pernah berlaku dalam gerakan reformasi dan himpunan Bersih sebelum ini.

“Sudah lama kita tidak melihat serangan ala Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) terhadap kebebasan awam, beliau memberi amaran, (mengerahkan) Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), meriam air dan tangkapan.

“Sekarang perlahan-lahan semuanya mula kembali. Untuk himpunan 26 Julai ini, Ketua Setiausaha Negara telah keluarkan amaran. Kini Jabatan Peguam Negara (AGC) juga keluarkan amaran. 

“Selepas ni, universiti pula mungkin akan keluarkan amaran yang sama. Seterusnya kita akan lihat Ketua Polis Negara pula keluarkan amaran dan isytiharkan perhimpunan ini sebagai haram,” katanya menerusi kenyataan.

Pada Isnin lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberi peringatan kepada penjawat awam agar tidak menyertai himpunan Sabtu ini.

Menurutnya, tidak wajar bagi penjawat awam untuk menyertai perhimpunan seperti itu kerana ia tidak sesuai dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara.

Malah, semalam, AGC dilaporkan memberi peringatan yang sama kepada penjawat awam, dengan menyatakan hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman yang dijamin perlembagaan adalah tidak mutlak.

AGC berkata setiap penjawat awam tertakluk kepada surat aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan 20(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN