Hakim Besar Malaya, jalankan tugas Ketua Hakim Negara

Hakim Besar Malaya, jalankan tugas Ketua Hakim Negara

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hakim Besar Malaya, Hasnah Hashim akan memangku jawatan ketua hakim negara susulan persaraan Tengku Maimun Tuan Mat seperti diperuntukkan di bawah Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 9 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelaksanaan tugas itu turut melibatkan fungsi-fungsi di bawah Perlembagaan sehingga jawatan berkenaan diisi.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut selaras dengan Seksyen 9(1)(b) dan Seksyen 9(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

Badan Kehakiman Malaysia dalam kenyataan sama turut menegaskan komitmen untuk terus kekal teguh dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga keadilan negara.

“Badan kehakiman akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk rakyat dan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN