KAJANG: Seramai 1,528 graduan Universiti Islam Selangor (UIS) menyambut kejayaan pengajian mereka dengan penuh kebanggaan apabila institusi itu secara rasmi diiktiraf sebagai universiti penuh sejak penubuhannya pada tahun 1995. Graduan terlibat diraikan dalam Istiadat Konvokesyen UIS Ke-27 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu, sekali gus menjadi kumpulan pertama yang menamatkan pengajian di bawah status baharu institusi itu sebagai sebuah universiti penuh. Istiadat itu disempurnakan Pro Canselor 1 UIS,…









