Filem P Ramlee ke pentas teater

Filem P Ramlee ke pentas teater

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Adegan adegan dalam filem P Ramlee yang menarik minat orang ramai diangkat ke pentas teater menerusi produksi Teater Hidayah berjudul Aspirasi P. Ramlee dan dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada pukul 2.45 petang dan 8.45 malam ini.

Filem – filem menarik P. Ramlee yang menjadi inspirasi kepada produksi berkenaan apabila menggabungkan filem Seniman Bujang Lapok dan Ibu Mertua ku, diarahkan Yusry Kamaruzaman.

Yusry berkata, dua filem karya P Ramlee itu yang digabungkan itu bakal mengimbau dan mengangkat hasil-hasil karya yang dihasilkan oleh Seniman Agung tersebut dalam satu pentas persembahan teater.

“Persembahan menggabungkan dua filem iaitu genre komedi dan sedih daripada karya P.Ramlee merangkumi daripada babak-babak filem “screen test” Jalan Ampas konsep penggambaran yang bersesuaian corak sebuah Persembahan pentas teater secara langsung sebegitulah prosesnya di belakang tabir filem tersebut dengan kerenah dan ragam kru produksi dan Dalam filem Ibu Mertua yang ada unsur pengajaran dan kesedihan diketengahkan, “ ujarnya kepada Utusan Online.

Beliau berkata, kesedihan seorang anak seni yang bergelar pemuzik dan akhirnya buta.

Katanya, perjalanan yang berliku anak seni yang penuh ranjau untuk terus berkarya.

“ Penglibatan penampilan Istimewa yang merupakan orang lama yang bergiat lebih 30 tahun menambahkan lagi ranum penceritaannya, “ ujarnya.

Produksi Teater Hidayah melibatkan hampir 50 orang dengan sokongan utama DBP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN