Kereta pertama Malaysia guna model Mitsubishi. - Utusan Malaysia

Kereta pertama Malaysia guna model Mitsubishi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 April 1984, utusan Malaysia melaporkan model pertama kereta Malaysia yang akan dipasarkan pertengahan tahun 1985 adalah berdasarkan reka bentuk dan corak teknikal model terbaharu Mitsubishi, Lancer Fiore.

Menurut beberapa pegawai tertinggi Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri telah memilih rupa bentuk model Lancer Fiore untuk dijadikan model asas kereta Malaysia dan beliau telah mengarahkan agar beberapa perubahan dibuat ke atas corak rupa bentuk untuk mencerminkan ciri-ciri Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 21 April 1968 – Penggambaran filem arahan P. Ramlee “Ahmad Albab” sedang berjalan di Gua Batu Caves dan kawasan perlombongan di sekitar Ampang.
  • 21 April 1982 – Seramai 488,900 murid sekolah rendah telah diberi biasiswa pada tahun lalu untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
  • 21 April 1983 – Haji Yusuf Rawa diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Yang Dipertua Agung Pas dan Pemangku Timbalan Yang Dipertua Agung, Datuk Fadzil Noor disahkan jawatannya dengan menang tanpa bertanding.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya